Polisi Privasi
SovereignFlow ("kami") menyediakan pejabat digital dan AI receptionist WhatsApp untuk bisnes. Polisi ini menerangkan data apa yang kami kumpul, bagaimana ia digunakan, dan hak anda.
Data yang kami kumpul
- Nombor WhatsApp, nama paparan dan kandungan mesej yang dihantar kepada nombor WhatsApp kami atau nombor WhatsApp client kami yang menggunakan servis ini.
- Maklumat yang anda beri secara sukarela semasa perbualan, contohnya nama, keperluan atau tarikh temujanji.
- Maklumat akaun client (nama, email, nama bisnes) dan maklumat bisnes yang client berikan untuk melatih AI receptionist mereka.
Bagaimana data digunakan
- Untuk membalas pertanyaan dan menyerahkan perbualan kepada pemilik bisnes yang berkaitan.
- Untuk merekod lead dalam dashboard pemilik bisnes tersebut.
- Untuk memantau mutu dan keselamatan servis, dan menambah baik jawapan. Data yang telah dibuang identiti boleh digunakan untuk menambah baik servis.
Perkongsian data
Kami tidak menjual data peribadi. Data diproses melalui penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan servis: Meta (WhatsApp Business Platform), penyedia model AI (OpenAI), dan penyedia server (Hetzner, pusat data di Kesatuan Eropah). Data hanya dikongsi dengan pemilik bisnes yang anda hubungi.
Penyimpanan & keselamatan
Data disimpan selama diperlukan untuk tujuan di atas atau selagi client menggunakan servis. Token akses disulitkan. Apabila client menutup akaun, data mereka dipadam dalam tempoh 30 hari, kecuali yang perlu disimpan oleh undang-undang. Client boleh memuat turun data lead mereka bila-bila masa.
Hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam data anda, atau berhenti menerima mesej, dengan menghubungi kami di sovereignflow01@gmail.com. Polisi ini disediakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
Hubungi kami
SovereignFlow, Malaysia. Email: sovereignflow01@gmail.com